page

info dadah

SEJARAH PENUBUHAN PPDa

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.

Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.


Kesan-kesan Buruk Dadah


1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .


Penggunaan dadah sebegini memang sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Kaedah tertua dan paling meluas ialah dengan meminum arak. Selain itu, merokok tembakau (nikotine di dalam tembakau ialah bahan psikoaktif) juga digunakan oleh orang orang Asia dan Amerika sebelum abad ke 16. kanabis juga pernah mendapat tempat sebagai salah satu dadah rekreasi yang terkenal pada suatu masa dulu
.
Penggunaan opium(diekstrak daripada popi) untuk rekreasi adalah menjadi satu kebiasaan bagi orang Asia yang kemudiannya merebak ke Barat. Penggunaan Opium memuncak pada abad ke-19 setelah britain dan beberapa kuasa barat mendesak China untuk membenarkan opium diimport daripada india dan beberapa negara Asia yang lain. kokain dan heroin dijual sebagai ubat berpaten pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan digunakan sebagai ubat untuk beberapa jenis penyakit.

Pada mulanya, banyak bahan digunakan sebagai dadah rekreasi, tetapi mula ditinggalkan atas pelbagai sebab. Salah satunya ialah faktor agama. Misalnya islam mengharamkan pengambilan minuman beralkohol atau arak dan semua agama yang lain mengutuk penggunaan dadah untuk tujuan rekreasi, walaupun membenarkan pengambilan arak dan rokok tembakau. Bagi Islam pengambilan dadah adalah sama seperti meminum arak, oleh itu dadah untuk rekreasi juga diharamkan. Walau bagaimanapun, hukum untuk rokok masih lagi samar-samar.

Pada abad ke-20, sesetengah negara Barat, terutama amerika syarikat(AS) telah mengharamkan penggunaan dadah untuk rekreasi. AS juga telah mendesak (secara diplomasi, tekanan ekonomi dan ketenteraan) negara lain untuk mengikut jejak langkah mereka. Misalnya tumbuhan jepun bergelar hemp (tergolong dalam kumpulan Kanabis) yang pada satu masa dahulu ditanam secara meluas sebagai sumber serabut tekstil terpaksa dimusnahkan semasa pendudukan Amerika Syarikat selepas perang dunia ke 2. Pada masa kini, tumbuhan itu hanya dibenarkan hidup di dalam kawasan pemeliharaan biologi terkawal sahaja.
terkawal sahaja.




.terima kasih sebab sudi membaca.

HAK CIPTA TERPELIHARA PPDa SEMESRA 2012